Isnin, Mac 31, 2008

PERJUANGAN MELAYU DAN ISLAM

Memang meletakkan melayu sebagai matlamat perjuangan sehingga mengesampingkan islam itu tidak tepat. Tetapi dalam konteks malaysia, memperjuangkan jatidiri melayu itu bagi saya berperanan penting juga dalam membina sebuah umat yang berjaya.
Bahasa dan kebudayaan melayu itu adalah medium utama yang digunakan untuk menzahirkan 'nilai-nilai Islami' dalam masyarakat sejak mula Islam didakapi oleh umat lagi. Kebudayaan di sini merangkum aspek sopan santun dan budi bahasa, malah merangkum kedudukan Islam sendiri yang diletakkan tertinggi dalam struktur budaya Melayu. Bukan merujuk kepada seni-senian yang ada tempatnya melanggar nilai Islam.
Kerana 'gaya hidup Islam' itu adalah subjektif, dan mengaitkannya dengan imej yang lebih hampir seperti jati diri bangsa sendiri, bagi saya akan menjadikan umat lebih mudah mesra dan menghayati.
Lagipun, tidak salah bukan untuk kita menghargai dan menyayangi jatidiri kita sendiri? Identiti kita sendiri. Islam itu fleksibel dan tidak menuntut kita mencabut diri daripada akar umbi.
Banyak orang menyedari peri mustahaknya kepentingan agama dimartabatkan dan diserapkan dalam jiwa rakyat. Tetapi tidak ramai yang mengerti, apatah lagi menyuarakan, jauh sekali memperjuangkan, tentang letak duduknya budaya dan bahasa Melayu dalam strata prioriti pembangunan insan.
Abaikan suara-suara retorik yang menggadai 'perjuangan bangsa' demi kepentingan sendiri. Bukan itu yang saya maksudkan. Bukan 'jihad menyelamatkan makyong' dan 'perjuangan mengembalikan kegemilangan joget' yang saya kaitkan.
Saya merujuk kepada ajakan, galakan, seruan, dan desakan supaya umat Melayu kembali kepada akar budaya mereka yang kaya dengan segala falsafah dan sopan santunnya, yang berlilit kait dengan Islam.
Bukanlah maksud saya pemerkasaan jatidiri Melayu ini lebih penting daripada memartabatkan Islam, jauh sekali menggantikan perjuangan memartabatkan Islam. Pemerkasaan jatidiri Melayu, bagi saya, akan menjadi instrumen yang dapat membantu dalam usaha memartabatkan Islam.
Pihak2 yang memperjuangkan ketuanan Melayu mempunyai justifikasi mereka sendiri. Ada yang berkata, inilah caranya, 'taktik sulit' untuk memelihara martabat Islam. Sementelah perlembagaan tidak memberikan sebarang keistimewaan terhadap Islam selain daripada artikel 3 - Islam agama rasmi - , dan kita maklum mudahnya sensitiviti tercuit jika apa2 berunsur Islam diwar-warkan dan disebarluaskan. sesatlah, ekstremislah, macam-macam lagi. dan mereka melihat agenda ketuanan Melayu ini memberi ruang kepada mereka untuk memelihara ketuanan Melayu sekaligus martabat Islam di bumi bertuah ini, sementelah juga dilihat lebih mudah menjaga martabat Islam melalui cara ini kerana sudah termaktub 'ketuanan Melayu' dalam dasar negara. Hasil persetiaan murni yang mengizinkan pendatang berkongsi hak menjadi warga negeri.
Sukar sekali sebenarnya memisahkan soal-soal Islami daripada soal-soal Melayu, dalam konteks negara ini. Lihatlah, apabila 'pihak2 tertentu' mempersoalkan ketuanan Melayu, hampir serentak 'ketuanan Islam' turut dipersoalkan. mereka bertanya mengapa Melayu punya hak istimewa, adakah Islam bersifat tidak adil.
Daripada satu segi, nampaklah silapnya apabila melabelkan Melayu=Islam dan Islam=Melayu, kerana kekalutan yang melanda umat Melayu akan memalit noda kepada Islam yang tidak salah apa-apa.
Jadi bagaimana? memang kita tahu, meletakkan Islam sebagai teras perjuangan mengatasi unsur-unsur bangsa dan perkauman adalah kunci untuk mencapai kesepaduan dan kemakmuran. Tetapi dalam konteks sekarang, jalan seolah-olah buntu.
Pertubuhan-pertubuhan yang mengaku memperjuangkan Islam bertelagah sesama sendiri. Masalah dalaman mencanak. memperalatkan agama. Jumud dalam penafsiran dan aplikasi agama, tuntas khalayak silap mengerti, langsung menolak Islam itu sendiri.
Pertubuhan-pertubuhan politik ala 'ketuanan Melayu' pula taksub dengan agenda bangsa sehingga meremehkan atau mengelakkan daripada meletakkan agama sebagai item yang penting dalam perjuangan mereka. Mengapa? Kepentingan diri, kejahilan.
Tetapi jika kita cabut 'ketuanan Melayu' daripada konsep bernegara di Malaysia sekarang, logiknya Islam juga tidak akan mendapat tempat dalam perundangan. 'Ketuanan Melayu' telah membolehkan orang2 Melayu berada di tempat2 yang 'tinggi', dengan 'jaminan hak', sekaligus memberikan mereka 'suara' untuk mempertahankan Islam.
Kerana Islam di Malaysia seolah-olah belum mampu berdiri sendiri dalam lokus perundangan, sekadar menumpang peruntukan-peruntukan kecil perlembagaan (yang diserang dr segenap segi, hatta oleh Melayu-Islam sendiri), dan musuh-musuh menanti daripada segenap sudut, mencari lompong walaupun sebesar kuman untuk menerobos dan menyerang.
Saya rindu melihat gagasan penyelesaian yang sistematik, kemas, dan realistik kepada situasi ini.
Salam dr hamba Allah yg daif, sekadar menggambarkan situasi sekarang, maaf atas kelemahan dan kejahilan yang mungkin terzahir~

TULISAN INI BUKAN DITULIS OLEH SAYA SENDIRI TAPI DISALIN DARI BLOG SESEORANG UNTUK RENUNGAN ANDA SEMUA .

Khamis, Mac 27, 2008

TAKKAN BERPALING




Aku takkan berpaling
Dari Agama mu
Segala fitrah, hadith dan sunnah
Ku pasrah dan bersujud

Hanya kau yang satu
Tempat ku mengadu
Tiada daya serta upaya
Ku pohon doaku ....Ya Allah

Tuhan ...Berikanlah hidayah mu
Oh Tuhan ...Ku bersyukur atas rahmat mu
Oh Tuhan....Limpahkan kurnia mu
Kuatkanlah iman ku
Luaskan fikiran ku
Lapangkanlah hati ku
Ampuni lah dosa ku

Ya Allah Ya Tuhan ku
Kau Maha Tahu

SESUNGGUHNYA


Sebenarnya hati ini....cinta kepadamu
Sebenarnya diri ini ....rindu kepadamu

Tapi aku
Tidak mengerti.....Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku
Tidak mengerti.....Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya
Walaupun ku kutip semua permata didasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Ku cuba ...Menghulurkan sebuah hadiah kepadamu
Tapi mungkin .... kerana isinya tidak sempurna ...Tiada seri nya
Ku cuba ...Menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin .... kerana airnya tidak sesegar..telaga kauthar

Sesungguhnya
Walaupun ku kutip semua permata didasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitmu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak ....Mengharap rahmatmu
Jika tidak ....Menagih simpati
Padamu .....Ya Allah

Tuhan..... Hadiahkanlah ...kasihmu kepada ku
Tuhan .....Kurniakanlah ...rinduku kepada mu

Moga ku tahu
Syukur ku milik mu .

Isnin, Mac 24, 2008

PERJUANGAN

Aku di lahirkan kira-kira 42 tahun yang yang lalu di sebuah daerah yang penuh dengan sejarah hitamnya . Ketika ku dilahirkan daerah ku masih didalam " Kawasan Hitam " . daerah ku terkenal dengan perjuangan " Anak Bangsa " melawan " Pengganas Komunis " . Kampungku terletak didalam sebuah mukim yang penuh dengan sejarah perjuangan menentang Pengganas Komunis . Malah ramai sekali pejuang -pejuang agama .bangsa dan negara gugur . Aku masih ingat ketika aku disekolah rendah , demtuman meriam ketika waktu malam adalah suatu kebiasaan . Dan ketika aku diawal sekolah menengah , aku terkedu melihat pejuang-pejuang agama ,bangsa dan negara ku gugur dimedan pertempuran . Sejak itu aku jadi menjadi benci terhadap pengkianat negara yang bernama komunis .

Sejarah 30 tahun lalu telah mengajar aku untuk mengenal akan keturunan ku . Aku menjadi seorang pejuang untuk agama ,bangsa dan negara secara senyap . Aku menulis untuk menyatakan rasa hati ku didalam akhbar dan sebagainya .

Tapi kini serangan pengkianat bangsa itu telah terhapus walaupun masih ada sedikit fahaman tersebut yang di bawa oleh pertubuhan tertentu . Timbul pula ancaman baru yang didalangi oleh bangsa ku sendiri . Pegerakan yang berasakan semangat sekular/liberal kini merebak kesegenap pelusuk kampung .. Aku merasakan agama, bangsa dan negara akan terancam jika perkara ini tidak di bendung .. Sedar lah wahai bangsa ku ..dimana anda kini ? Parti bukan segala nya . Terlalu banyak semangat yang tidak elok di semai oleh Parti yang memerintah ataupun Parti yang membangkang demi kerana sebuah kuasa .. Berjuang lah demi AGAMA , BANGSA DAN NEGARA . Kembali lah kelandasan yang benar . Agama mu adalah asas nya .

FIKIR-FIKIR AKAN ASAL USUL BANGSA MU

Wahai anak bangsa ku . Fikirkan lah akan asal usul bangsa mu . lihat akan fenomena perubahan politik yang melanda negara kita sekarang . Di mana anda ..