Selasa, April 01, 2008

" FITNA ' SATU PENGHINAAN DAN CERCAAN TERHADAP ISLAM

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bermuzakarah bagi kali ke-81 semalam berpendirian bahawa filem bertajuk “Fitna” yang diterbitkan seorang Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders adalah satu penghinaan dan cercaan terhadap maruah dan kesucian agama dan umat Islam di seluruh dunia. Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan berkata, jawatankuasa itu menentang sekeras-kerasnya penghinaan dan kebiadapan yang dilakukan. “Tindakan mencerca dan tidak menghormati sensitiviti agama dan umat Islam di seluruh dunia merupakan elemen keganasan yang disuburkan bagi memburukkan lagi hubungan antara agama, dunia Islam dan barat.
“Jawatankuasa menyeru seluruh umat Islam khususnya di Malaysia supaya bersikap matang dan menggunakan pendekatan yang terbaik dalam menghadapi isu ini selain mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan provokasi yang cuba membangkitkan sentimen menggugat kedudukan agama dan umat Islam,” katanya. Beliau berkata, jawatankuasa juga menyeru agar seluruh umat Islam khususnya di negara ini supaya menentang fitnah berkenaan dengan cara memulaukan produk dari negara itu. .. Dipetik dari akhbar


Wahai umat islam di seluruh Malaysia ..Apakah tindakan kita .Kita di hina dan dicerca sebegini rupa . Sudahlah politik dan ekonomi negara yang semakin dikuasai oleh orang yang bukan berugama Islam . Sedar lah semakin hari kita makin di tekan . Jangan lah terlena lagi dek kerana hiburan yang hanya menyeronok dan mengasyikan . Berjuanglah untuk menegak keadilan . Insyaallah perjuangan kita akan direstui Allah swt . BERJUANGLAH DEMI AGAMA MU .