Para pejuang Islam di badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif menangani permasalahan fahaman Islam Liberal di Malaysia, pasti kenal organisasi bernama IKD (Institut Kajian Dasar). IKD cukup popular dikalangan NGO-NGO Islam kerana ia adalah sebuah organisasi yang sangat giat menyebarkan fahaman Islam Liberal di negara tercinta ini.
Di Malaysia, UMNO bukan lah organisasi yang bertanggungjawab menyebarkan fahaman Islam Liberal tetapi sebenarnya ia didokong oleh IKD. UMNO hanya mengambil part-part Islam Liberal yang menguntungkan mereka dan meninggalkan part-part yang tidak menguntungkan UMNO tetapi IKD adalah pejuang sebenar di dalam menyebarkan fahaman Islam Liberal .
Institut Kajian Dasar (IKD) yang berpangkalan di Jalan Telawi, Bangsar adalah satu organisasi yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam usaha menyebarkan fahaman Islam Liberal di Malaysia ini. IKD turut mempunyai link dengan Jaringan Islam Liberal (JIL), satu organisasi dakwah Islam Liberal yang terbesar di Indonesia. JIL dipelopori oleh Chak Nur (Nicholas Majid) iaitu bapa Islam Liberal Indonesia.
IKD mendapat sumber kewangan daripada Konrad Adenauer Foundation (KAD), sebuah yayasan kebajikan yang berpangkalan di Jerman. Yayasan ini sangat aktif memberikan sumbangan kepada pertubuhan-pertubuhan yang mendokong fahaman Islam Liberal di dunia ini. IKD dipimpin oleh saudar Khalid Jaafar (Calon PKR di Parlimen Bukit Katil, Melaka). Khalid Jaafar adalah orang kuat kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Selain itu IKD turut didokong oleh YB Amiruddin Shaari (ADUN PKR Batu Caves) selaku Koordinator IKD.
IKD banyak menerbitkan buku-buku dan artikel-artikel yang mendukung fahaman Islam Liberal. Mereka kini giat menerbitkan bahan bacaan di dalam bentuk saiz poket dan dijual di banyak toko-toko buku ilmiah. Tajuk buku-bukunya seperti tajuk yang baik dan membincangkan hal ehwal Islam tetapi hakikat yang sebenarnya ialah karya-karya berkenaan dicemari dengan fahaman Islam Liberal. IKD menggunakan bidang penulisan (buku & arkitel) untuk menyebarkan fahaman Islam Liberal.
IKD turut sama menyebarkan fahaman PLURALISME agama. Satu fahaman yang sangat merbahaya. Fahaman ini mengatakan bahawa semua agama adalah sama dan semua agama akan menuju kebenaran. Pluralisme agama juga menyatakan bahawa semua agama akan menuju ke syurga serta tiada bezanya antara Islam dan Kristian kerana semuanya sama belaka. fahaman ini jelas sekali bertentangan dengan ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa hanya Islam sahaja agama yang diiktiraf dan diredhai oleh Allah manakala agama lain adalah tertolak.
Antara buku terbitan IKD ialah Islam dan Dasar Pemerintahan oleh Ali Abdul Raziq.
Sinopsis buku ini : Al-Islam Wa Usul al-Hukm merupakan antara buku paling kontroversi dalam dunia pemikiran Islam khususnya di Mesir dan di Timur Tengah. Buku ini diterbitkan pada 1926, saat berkembangnya gerakan Islam yang pada ketika itu cuba mempertahankan negara-negara Arab dari kuasa imperalis Barat selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada awal 1920-an. Menerusi buku ini, yang juga merupakan kajian penulisnya terhadap sistem khilafah, Ali Raziq merumuskan tesis bahawa tidak ada asas atau gesaan membina sebuah negara Islam (daulah Islamiah) dalam sumber utama Islam iatu Al-Quran dan Hadith. Berdasarkan penemuan dan kajian terhadap dalil-dalil Al-Quran, Hadis, penilaian semula terhadap ijmak (Ali Raziq mendapati dakwaan bahawa ijmak tentang kewajipan menegakkan Negara Islam sebenarnya tidak benar dan tidak pernah terhasil), dan petunjuk-petunjuk sejarah, beliau merumuskan bahawa agama dan negara wajib dipisahkan.
Buku ini jelas menentang konsep negara Islam dan menentang konsep Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perlembagaan negara. Buku ini mengatakan bahawa agama dan negara perlu di pisahkan yakni mengamalkan pemerintahan SEKULAR. Buku ini turut menyatakan tiada konsep negara Islam yang sebenarnya. Jelas sekali, bahawa buku terbitan IKD ini adalah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
Pembaca sekalian boleh melihat pelbagai tajuk buku-buku terbitan IKD dan juga organisasi yang seangkatan dengannya. Ini sudah jelas menampakkan usaha untuk cuba menyebarkan fahaman Islam Liberal.
Penulis masih ingat ketika menghadiri satu seminar mengenai pencerahan anjuran IKD di Pearl International Hotel, Kuala Lumpur pada tahun 2005. Ketika itu memang jelas dan terang, IKD berjuang menyebarkan fahaman Islam Liberal sehingga menempelak Ustazah Harlina Halizah Siraj (Ketua Muslimat JIM) yang mempertahankan ajaran Islam tulen. Sesiapa yang tidak percaya, pergi lah bertanya kepada Ustazah Harlina Halizah Siraj mengenai siapa sebenarnya IKD.
Mungkin ramai dikalangan pembaca merasa sangsi dengan tulisan penulis ini. Maka, sesiapa yang masih ragu sama ada IKD adalah pelopor Islam Liberal di Malaysia ataupun tidak, boleh terus bertanya kepada Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP) yang dipimpin oleh Ust Dr. Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor. Ini kerana PUMPP adalah NGO Islam yang paling aktif menentang fahaman Islam Liberal.
Selain PUMPP, pertubuhan seperti TERAS (Teras Pengupayaan Melayu), API (Angkatan Pemuda-Pemudi Islam Pulau Pinang) dan juga WADAH (Wadah Percerdasan Umat Negeri Pulau Pinang) turut sama aktif menangkis serangan Islam Liberal di Malaysia.
Note : Anda juga boleh bertanya kepada Ustaz Hafiz Nordin (Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang), Ustaz Hafiz Lubis (Timbalan YDP ABIM Kedah), En. Nizam Mashaar (Setiausaha Agung PUMPP), saudara Shamsul Ery (Presiden API), Cikgu Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) atau Ustaz Fadhullah Jamil (YDP WADAH Pulau Pinang). Mereka di atas adalah antara insan yang kuat menentang fahaman Islam Liberal di Malaysia.
IKD sangat berbahaya kepada umat Islam Malaysia kerana ia menyebarkan fahaman sesat iaitu Islam Liberal. Maka kita umat Islam amnya dan pejuang Islam di dalam PAS khususnya perlu berwaspada dengan IKD. Mereka ibarat gunting di dalam lipatan.Berwaspadalah, jangan kita menjadi agen kepada penyebaran fahaman Islam Liberal yang dipelopori oleh IKD dan didukung oleh sebilangan pemimpin dan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).
BERWASPADALAH dengan IKD
IKD adalah PELOPOR dan KETUA kepada PENYEBARAN ISLAM LIBERAL di MALAYSIA
Wallahu'alam
.
Note: Kepada semua, sila berwaspada dengan laman jalantelawi.com dan juga buku-buku agama terbitan IKD (Institut Kajian Dasar) atau mana-mana buku yang diterbitkan oleh Konrad Adenauer Foundation kerana buku-buku ini serta laman web jalantelawi.com adalah medium/agen penyebarkan fahaman Islam Liberal. Satu fahaman yang telah difatwakan oleh Ulama Sedunia termasuk Yusof Al-Qardhawi sebagai fahaman sesat lagi menyesatkan .
Artikel ini penulis dipetik daripada kamarulz.blogspot.com